COVID-19: New South Wales catat 830 kes baharu
Astro Awani
Ogos 22, 2021 06:10 MYT
Ogos 22, 2021 06:10 MYT
SYDNEY: New South Wales merekodkan 830 jangkitan baharu COVID-19 melibatkan kes tempatan ketika Australia memecah rekod kes tertinggi untuk dua hari berturut-turut.
Menteri Kesihatannya, Brad Hazzard mengesahkan tiga lagi kematian baharu, sekali gus membawa angka korban kepada 127 individu setakat ini.
Hazzard pada masa sama mengakui senang hati melihat kelancaran program vaksinasi yang juga menjadi harapan dalam mengakhiri perintah berkurung.
Australia kini berdepan dengan satu gelombang jangkitan yang lebih mudah menjangkiti dengan wilayah Victoria mengesahkan 65 kes tempatan pada Ahad.
Tidak seperti perintah berkurung sebelum ini, Australia kini diancam varian Delta sehinggakan pihak pemerintah terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengenakan sekatan yang lebih ketat.