COVID-19: Naib Presiden Argentina terima suntikan vaksin pertama
Agensi
Januari 24, 2021 06:48 MYT
Januari 24, 2021 06:48 MYT
BUENOS AIRES: Naib Presiden Argentina, Cristina Fernández de Kirchner, 67, menerima dos pertama vaksin Sputnik V buatan Rusia.
Bekas presiden dua kali itu menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.
Fernández de Kirchner dalam muat naik di akaun Twitternya berkata, dengan mengambil vaksin pertama itu bermaksud beliau tidak hanya menjaga dirinya sendiri tetapi juga menjaga orang lain.
Semasa fasa pertama kempen vaksinasi Argentina, bermula bulan lalu, pihak berkuasa memberi keutamaan imunisasi kepada pekerja kesihatan.
Selain itu, antara yang awal diberi vaksin termasuk anggota pasukan keselamatan, mereka yang mempunyai penyakit kronik, guru, dan warga berusia lebih dari 60 tahun.