COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari

Astro Awani
Februari 1, 2023 06:00 MYT
Sehingga Rabu, Myanmar merekodkan sebanyak 633,820 jangkitan COVID-19 termasuk 19,490 kematian, manakala 614,299 pesakit pulih. - Foto fail/REUTERS
YANGON: Myanmar memutuskan untuk melanjutkan langkah pencegahan COVID-19 sehingga 28 Februari ini.
Laporan media yang memetik Jawatankuasa Pusat Pencegahan, Kawalan dan Rawatan COVID-19 menyebut, pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.
Menurut jawatankuasa itu, lanjutan tersebut meliputi semua perintah, pengumuman serta arahan yang dikeluarkan oleh organisasi kerajaan dan kementerian masing-masing untuk membendung penularan wabak itu.
Sehingga Rabu, data Kementerian Kesihatan mendedahkan, Myanmar merekodkan sebanyak 633,820 jangkitan COVID-19 termasuk 19,490 kematian, manakala 614,299 pesakit pulih.
#COVID-19 #sekatan #jangkita #penularan wabak
;