COVID-19: Mufti Menk terima suntikan vaksin Sinopharm
Faris Danial Razi
Januari 14, 2021 06:43 MYT
Januari 14, 2021 06:43 MYT
TAHUN 2021 memberi sinar harapan kepada rakyat seluruh dunia apabila vaksin COVID-19 yang hampir memakan masa setahun dihasilkan telah mula diedarkan.
Banyak pemimpin dunia mula menerima suntikan, antaranya Presiden baharu Amerika Syarikat Joe Biden, Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Terbaru, pendakwah tersohor Ismail Menk atau lebih dikenali ramai sebagai Mufti Menk turut menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut perkongsian yang dibuat beliau menerusi laman Instagramnya pada Khamis, suntikan vaksin yang diperolehinya itu ialah keluaran Sinopharm.
“Bismillah. Dos pertama Sinopharm. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari wabak ini dan semua jenis virus dan penyakit-penyakit lain. Amin,” ucapnya.
Beliau yang berasal dari Zimbabwe dan cukup terkenal di seluruh dunia termasuk dalam kalangan pengguna media sosial, membuktikan bahawa umat Islam tidak perlu was-was dengan suntikan tersebut.
Sabtu lalu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz menerima suntikan vaksin COVID-19 sebaik sahaja bekalan vaksin selamat tiba dan diedarkan kepada 150,000 individu pertama di negara itu.
#Lee Hsien Loong
#Joko Widodo
#Arab Saudi
#UAE
#vaksin
#Sinopharm
#COVID-19
#Allah
#Islam
#Instagram
#Joe Biden
#Mufti Menk
#suntikan