COVID-19: 'Mohon telus, beri penjelasan!' - China dakwa tentera AS bawa virus ke Wuhan

Afiq Ariffin
Mac 14, 2020 02:49 MYT
Jurucakap kementerian luar negeri China mendakwa tentera AS mungkin telah membawa virus pembunuh koronavirus ke bandar Wuhan sehingga mencetuskan wabak. -Foto REUTERS
Seorang jurucakap kementerian luar negeri China pada Khamis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) mungkin telah membawa virus pembunuh koronavirus ke bandar Wuhan sehingga mencetuskan wabak.
Ia bagi membalas dakwaan pegawai-pegawai AS yang menuduh negaranya lambat bertindak balas dan tidak telus terhadap penularan virus itu yang pertama kali dikesan di Wuhan akhir tahun lalu.
Pada Rabu, Penasihat Keselamatan Negara AS Robert O'Brien mendakwa ketidaksediaan China telah merugikan tempoh dua bulan untuk membendung virus berkenaan daripada merebak.
Dalam satu kenyataan menerusi muat naik di laman Twitter yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian mendakwa AS tidak telus dalam laporannya berhubung jangkitan itu.

Some #influenza deaths were actually infected with #COVID-19, Robert Redfield from US #CDC admitted at the House of Representatives. US reported 34 million cases of influenza and 20,000 deaths. Please tell us how many are related to COVID-19? @CDCDirector pic.twitter.com/vYNZRFPWo3

— Lijian Zhao (@zlj517) March 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mana pesakit pertama yang mula dijangkiti di AS? Berapa ramai orang yang dijangkiti? Apakah nama-nama hospital?
"Mungkin tentera AS yang membawa wabak itu ke Wuhan. Mohon telus! Pastikan data anda diumumkan!
"AS, kamu perlu beri kami penjelasan!” tulis Zhao.
Bagaimanapun, Zhao tidak menunjukkan sebarang bukti di sebalik pendakwaan berkenaan isu tentera AS membawa virus tersebut ke China sehingga mencetuskan wabak terbabit.
Pada pagi Khamis, satu lagi jurucakap China yang senada dengan Zhao iaitu Geng Shuang, mengkritik pegawai AS “tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab” kerana menyalahkan China kerana lambat bertindak terhadap penularan virus sehingga menyebabkan ia menjadi pandemik.
“Kami berharap agar pegawai-pegawai AS lebih menumpukan perhatian dan memberi respon terhadap virus serta memberi kerjasama bagi menangani wabak ini, bukannya sewenang-wenangnya menyalahkan China.

1. Chinese spox: We hope certain US officials could focus on domestic response & international cooperation instead of trying to shift the blame to China by denigrating Chinese efforts to fight the epidemic. This is immoral & irresponsible, & will not help mitigate COVID-19 in US. pic.twitter.com/YBA5fZhPsU

— Lijian Zhao (@zlj517) March 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #AS #China #coronavirus #Hospital #Kementerian Luar #keselamatan #tentera #Twitter #virus