COVID-19: Moderna hasilkan vaksin Omicron, jangka fail kelulusan seawal Mac 2022

Astro Awani
Disember 3, 2021 09:00 MYT
Moderna sedang berusaha membangunkan dos penggalak khusus bagi membendung varian Omicron. -Gambar fail
PENGELUAR vaksin COVID-19, Moderna sedang berusaha membangunkan dos penggalak khusus bagi membendung varian Omicron.
Presiden Moderna, Stephen Hoge berkata beliau percaya dengan pengambilan dos penggalak, ia dapat menyasarkan kepada mutasi dalam varian Omicron yang baru ditemui itu.
Ia dilihat merupakan cara terpantas untuk menangani dan meningkatkan keberkesanan vaksin.
Dakwanya, Moderna kini sudah memulakan program penghasilannya, termasuk dos penggalak bagi empat jenis varian lain secara khusus.
Namun memandangkan panduan awal daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) yang memerlukan ujian klinikal peringkat pertengahan, jelas Hoge proses itu boleh mengambil masa tiga atau empat bulan.
Pihaknya kini membuat persediaan rapi untuk memfailkan kelulusan AS seawal Mac.
Jelasnya lagi, FDA sedang menilai ancaman terhadap perlindungan vaksin berpunca daripada varian Omicron.
#COVID-19 #Moderna #FDA #Omicron
;