COVID-19: Moderna dakwa vaksin keluarannya berkesan terhadap bayi, kanak-kanak
Astro Awani
Mac 23, 2022 07:16 MYT
Mac 23, 2022 07:16 MYT
SYARIKAT farmaseutikal Moderna mengumumkan vaksin COVID-19 keluarannya berkesan terhadap bayi dan kanak-kanak di bawah usia enam tahun.
Sekiranya pengawal selia Amerika Syarikat bersetuju, ia memberi peluang kepada pemberian vaksin kepada kanak-kanak menjelang musim panas.
Moderna berkata, pihaknya akan meminta kebenaran pengawal selia Amerika Syarikat dan Eropah untuk dua dos kecil bagi kanak-kanak di bawah usia enam tahun.
Syarikat itu juga sedang berusaha mendapatkan suntikan dos yang lebih tinggi untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat.
Seramai 18 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun adalah satu-satunya kumpulan umur yang belum layak divaksinasi di Amerika Syarikat.
Pesaing Moderna iaitu Pfizer kini menawarkan dos kecil untuk kanak-kanak di sekolah rendah dan remaja berusia 12 tahun ke atas.
Bagaimanapun ramai ibu bapa di Amerika Syarikat kecewa susulan masih tiada ketiadaan perlindungan untuk kanak-kanak yang lebih muda.
Pfizer sedang menguji dos yang lebih kecil untuk kanak-kanak di bawah lima tahun tetapi terpaksa menambah suntikan ketiga pada kajiannya apabila dua dos tidak terbukti cukup kuat.
Keputusan kebenaran tersebut dijangka diperolehi pada awal April.
Moderna berkata satu perempat daripada dos yang digunakan untuk orang dewasa berkesan untuk kanak-kanak di bawah umur enam tahun.
Moderna mendaftarkan kira-kira 6,900 sukarelawan kanak-kanak dalam kajian dos sebanyak 25 mikrogram.
Data awal menunjukkan selepas dua dos, kanak-kanak bawah lima tahun membangunkan paras antibodi yang melawan virus sama kuatnya dengan orang dewasa.
Moderna berkata dos kecil itu selamat dan kesan sampingan utama adalah demam ringan seperti dikaitkan dengan vaksin kanak-kanak lain yang biasa digunakan.