COVID-19: Mexico umum sekatan pergerakan separa sehingga 10 Januari
Astro Awani
Disember 19, 2020 09:30 MYT
Disember 19, 2020 09:30 MYT
MEXICO mengumumkan sekatan pergerakan separa di Mexico City dan kawasan sekitarnya susulan peningkatan kes baharu COVID-19, menyebabkan kesesakan di hospital kerajaan.
Penguatkuasaan sekatan itu bermula Sabtu dan dijangka berakhir pada 10 Januari.
Susulan itu, semua aktiviti bukan keperluan tidak dibenarkan sepanjang tempoh berkenaan.
Restoran hanya dibuka untuk makanan bawa pulang, sebarang aktiviti kebudayaan tidak dibenarkan, dan beberapa premis perniagaan tertentu diarah tutup.
Bagaimanapun, penduduk dibenarkan bergerak dan keluar rumah.
Menurut Datuk Bandar Mexico City Claudia Sheinbaum, penggunaan katil hospital kini mencecah 75 peratus susulan peningkatan kes COVID-19.
Mexico sebelum ini tidak pernah mengambil langkah perintah berkurung sepenuhnya bagi mengimbangi keperluan ekonomi negara itu.
Presidennya Andrés Manuel López Obrador sebelum ini menolak keras langkah perintah berkurung penuh dan langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka dan hidung.
Mexico setakat ini merekodkan 1.3 juta kes COVID-19 dengan 116,500 kematian.
Bagaimanapun, berikutan kurangnya ujian COVID-19 dilakukan, pihak berkuasa Mexico menjangkakan kes kematian boleh mencecah sehingga 150,000 kes.
#Mexico
#umum
#sekatan pergerakan separa
#Kes
#COVID-19
#pelitup muka dan hidung
#ujian saringan
#kes positif
#kematian
#ekonomi
#Hospital
#aktiviti kebudayaan
#Premis perniagaan
#restoran