COVID-19: Mesir mulakan program vaksinasi, petugas kesihatan diutamakan
Agensi
Januari 25, 2021 08:02 MYT
Januari 25, 2021 08:02 MYT
ISMAILIA: Mesir memulakan kempen vaksinasinya dengan memberikan suntikan vaksin Sinopharm kepada petugas kesihatan di Ismailia.
Menurut Menteri Kesihatan, Hala Zayed, program vaksinasi itu akan mengutamakan petugas kesihatan di 40 hospital yang dikhaskan bagi rawatan COVID-19.
Program vaksinasi selepas itu akan diteruskan dengan suntikan kepada warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik.
Bagaimanapun Zayed tidak memperincikan jangka masa yang diperlukan untuk memberikan vaksin kepada seluruh rakyatnya.
Mereka yang menerima suntikan awal itu akan menerima dos kedua dalam tempoh 21 hari.
Untuk rekod, Mesir juga turut berunding untuk mendapatkan dua vaksin lain iaitu AstraZeneca dan Pfizer-BioNtech.
#program vaksinasi
#COVID-19
#petugas kesihatan
#vaksin
#Sinopharm
#AstraZeneca
#Pfizer
#Hala Zayed
#warga emas
#BioNTech