COVID-19: Masih lama lagi untuk pandemik berakhir - WHO
Astro Awani
Mac 19, 2022 10:45 MYT
Mac 19, 2022 10:45 MYT
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Jumaat, pandemik COVID-19 masih akan mengambil masa yang panjang sebelum ia berakhir.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata demikian susulan peningkatan kes dalam data mingguan terkininya.
WHO berkata, fasa akut wabak itu boleh berakhir tahun ini tetapi ia bergantung kepada kepantasan negara-negara mencapai sasaran vaksinasi 70 peratus populasi.
Jurucakap WHO, Margaret Harris berkata, dunia masih berada di fasa pertengahan pandemik dan lama lagi masanya untuk ia tamat.
Selepas lebih sebulan penurunan, kes COVID-19 mula meningkat semula di seluruh dunia minggu lalu.
Beberapa faktor dikesan menyebabkan peningkatas kes, termasuk varian Omicron dan sub-varian BA.2 serta pemansuhkan langkah kesihatan prosedur operasi standard COVID-19.