COVID-19: London diisytihar 'kritikal', hospital berdepan tekanan

Agensi
Januari 8, 2021 21:27 MYT
Britain merekodkan 1,325 kes kematian akibat COVID-19 pada Jumaat. - Foto AP
LONDON: Datuk Bandar London mengisytiharkan bandar itu kini kritikal dalam merawat pesakit COVID-19 susulan tekanan yang dialami di hospital-hospital bandar itu.
Sadiq Khan menyifatkan ia sebagai "insiden buruk" selepas penularan varian baharu yang memaksa pihak hospital ke tahap paling maksimum.
Ia selepas peningkatan pesakit COVID-19 di bandar itu sehingga 27 peratus dalam seminggu hingga 6 Januari lalu.
Menurut Jabatan Statistik Nasional negara itu, satu daripada 30 orang di London disahkan positif dalam tempoh berkenaan.
Malah Britain turut merekodkan 1,325 kes kematian akibat COVID-19 pada Jumaat, dan ia merupakan jumlah kes kematian tertinggi sejak bermulanya pandemik di negara itu.
#Britain #London #COVID-19 #pandemik #varian baharu