COVID-19: Lelaki nekad ikat cadar di tingkat 5 untuk lari dari bilik kuarantin
Agensi
Julai 21, 2021 11:00 MYT
Julai 21, 2021 11:00 MYT
PERTH: Seorang lelaki dari Queensland, Australia didakwa selepas cuba melarikan diri melalui tingkap bilik hotel di tingkat lima di mana dia dikuarantin.
Travis Jay Myles didakwa mengikat cadar katil untuk dijadikan tali sebelum memanjat keluar melalui tingkap.
Myles tiba di Australia Barat menerusi penerbangan dari Brisbane pada Isnin, namun tidak membawa Pas G2G yang diperlukan.
Dia membuat permohonan semasa tiba di Lapangan Terbang Perth, tetapi ditolak kerana tidak memenuhi syarat.
Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hotel untuk dikuarantin sebelum penerbangan pulang ke Queensland.
Bagaimanapun, polis berkata Myles berjaya melarikan diri dari bilik hotelnya kira-kira jam 12.45 pagi Selasa.
#kuarantin
#cadar katil
#Jay Myles
#lari dari bilik kuarantin
#ikat cadar
#lari ikut tingkap bilik hotel
#Lapangan Terbang Perth
#panjat keluar melalui tingkap