COVID-19: Lee Hsien Loong terima suntikan vaksin pertama
Astro Awani
Januari 8, 2021 12:40 MYT
Januari 8, 2021 12:40 MYT
PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada Jumaat, menjadikan beliau anggota kabinet pertama republik itu mengambil vaksin COVID-19.
Lee menerima suntikan bersama kakitangan Hospital Besar Singapura (SGH) pada majlis pelancaran rasmi program vaksinasi untuk para petugas kesihatan.
Institusi penjagaan kesihatan awam, termasuk hospital dan poliklinik, akan memulakan vaksinasi ke atas kakitangan mereka hari ini.
SGH menganggarkan sekitar 90 pekerjanya akan mendapat vaksin pada hari pertama.
Terdahulu, satu ujian pada skala kecil dijalankan terhadap vaksin itu di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit, di mana 40 kakitangan menerima suntikan pada 30 Dis, 2020.
#Lee Hsien Loong
#Singapura
#kesihatan
#kabinet
#COVID-19
#program vaksinasi
#penyakit berjangkit
#petugas kesihatan
#vaksin