COVID-19: Lebih 2,000 kes sehari, Korea Selatan rekod angka tertinggi baharu

Astro Awani
Ogos 11, 2021 22:51 MYT
Seorang lelaki berjalan di sebatang jalan yang hampir kosong ketika pelaksanaan sekatan yang ketat susulan wabak COVID-19 di Seoul, Korea Selatan, 12 Julai, 2021. REUTERS
KES jangkitan harian COVID-19 di Korea Selatan terus mencatat peningkatan dengan rekod tertinggi pada Rabu.
Dalam tempoh 24 jam lalu, 2,223 kes disahkan meskipun pihak kerajaan melaksanakan perintah sekatan yang ketat di kawasan berpenduduk padat.
Lonjakan melepasi angka 2,000 yang direkodkan buat pertama kali ini membawa jumlah jangkitan kepada 216,206 kes dengan 2,135 kematian.
Pihak berkuasa kini masih bergelut dengan pelaksanaan kempen vaksinasi yang perlahan berikutan bekalan vaksin yang tidak konsisten.
Selepas melancarkan program imunisasi secara besar-besaran pada Februari lalu, negara ini telah memberikan dos pertama kepada 42 peratus daripada populasi lebih 51 juta.
#COVID-19 #Korea Selatan #jangkitan #perintah sekatan #vaksinasi #bekalan vaksin #dos pertama #vaksin