COVID-19: Lebih 10.04 bilion dos vaksin didaftar di seluruh dunia

Astro Awani
Februari 6, 2022 22:30 MYT
Jumlah dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin berjumlah lebih 10.04 bilion. -Gambar fail/Bernama
JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin berjumlah lebih 10.04 bilion.
Data Johns Hopkins University mendedahkan, China masih mendahului dengan lebih 3 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan lebih 1.69 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 540 juta dos vaksin.
Brazil mencatat lebih 368 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 207 juta.
Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan lebih 323 juta dos.
Ini diikuti Filipina 128 juta, manakala Thailand melebihi 116 juta dan Malaysia pula lebih 63 juta dos.
Singapura melepasi angka 12 juta dos vaksin sudah didaftarkan.
#China #COVID-19 #dos vaksin #Johns Hopkins University