COVID-19: Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura masih ditutup sehingga keadaan terkawal

Hilmi Malik
Mei 22, 2021 13:57 MYT
Lapangan Terbang Changi, Singapura masih ditutup kepada orang ramai sehingga keadaan COVID-19 kembali terkawal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Lapangan Terbang Changi, Singapura akan kekal ditutup kepada orang ramai dalam memastikan kadar penularan jangkitan COVID-19 kembali terkawal.
Menurut Lembaga Penerbangan Awam Singapura (CAAS), keputusan itu dibuat berikutan wujudnya kluster melibatkan lapangan terbang berkenaan.
Ketika ini, lapangan terbang tersebut masih menerima ketibaan penumpang yang tiba dari beberapa negara yang berisiko tinggi selain mereka perlu menjalani ujian saringan.
Untuk rekod, sebanyak 100 kes positif dilaporkan sejak kes pertama yang dilaporkan pada 5 Mei lalu.
Pihak CAAS percaya ia melibatkan pekerja lapangan terbang yang membantu keluarga dari negara Asia Selatan pada 29 April lalu.
#COVID-19 #Singapura #changi #Lapangan Terbang Changi #kluster
;