COVID-19: Korea Selatan sahkan lebih 40,000 kes baharu

Astro Awani
Mac 16, 2022 04:45 MYT
Sebanyak 86.6 peratus penduduk Korea Selatan atau 44,443,726 individu sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19. - Foto fail/AP
SEOUL: Korea Selatan terjejas teruk akibat varian Omicron selepas merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi pada Selasa, iaitu pertambahan 400,741 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), jumlah kes COVID-19 dalam negara itu kini melonjak kepada 7.63 juta kes.
Kes harian meningkat mendadak daripada 362,329 kes pada Isnin, akibat penularan varian Omicron kebanyakannya di wilayah Seoul, Gyeonggi dan Incheon.
Sebanyak 86.6 peratus penduduk Korea Selatan atau 44,443,726 individu sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Lebih 1.6 juta pembawa virus dengan gejala ringan atau sederhana telah diminta untuk mengasingkan diri di rumah bagi mengawal kepadatan kapasiti hospital.
Korea Selatan juga akan memulakan pelancaran vaksin untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun lewat bulan ini.
#COVID-19 #Omicron #kes harian #vaksin
;