COVID-19: Korea Selatan lapor kematian pertama
Agensi
Februari 20, 2020 17:10 MYT
Februari 20, 2020 17:10 MYT
SEORANG mangsa COVID-19 dilaporkan meninggal dunia di Korea Selatan pada Khamis, menjadikan kematian pertama di negara itu akibat wabak tersebut.
Lapor media antarabangsa, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan punca sebenar kematian masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, 22 kes positif baharu dilaporkan di negara itu menjadikan jumlah terkini mangsa yang dijanglkiti COVID-19 meingkat kepada 104 orang setakat ini.
Difahamkan, kebanyakan kes baharu direkodkan di bandar Daegu, di mana mangsa yang dijangkiti virus tersebut menghadiri perhimpunan gereja dan melawat hospital sebelum disahkan positif COVID-19.
Sejumlah besar mangsa dikaitkan dengan seorang wanita berusia 61 tahun yang merupakan anggota cawangan Daegu dari Gereja Shincheonji, yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Februari lalu.
Daegu merupakan bandar keempat terbesar di Korea Selatan, dengan jumlah penduduk seramai 2.5 juta.
#coronavirus
#COVID-19
#Korea Selatan
#korea selatan catat kematian pertama
#Korea Utara
#koronavirus
#mangsa
#meninggal dunia