COVID-19: Korea Selatan catat kenaikan mendadak kes jangkitan koronavirus
Astro Awani
Februari 23, 2020 10:40 MYT
Februari 23, 2020 10:40 MYT
Jumlah kes mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 di Korea Selatan meningkat dalam masa 24 jam.
Korea Selatan kini mencatatkan 556 kes dan sekurang-kurangnya empat orang mangsa telah meninggal dunia.
Sejumlah 123 kes baharu dilaporkan di mana 93 mangsa berasal dari bandar Daegu di mana menjadi lokasi pertama berlakunya penularan wabak COVID-19.
Terdahulu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berkata 87 pesakit baharu disahkan dengan koronavirus sehingga 22 Februari.
Wabak COVID-19 telah meragut lebih 2462 nyawa di seluruh dunia.