COVID-19: Korea Selatan catat 1,097 kes baharu, angka tertinggi sejak wabak melanda

Khairunnisa Kasnoon
Disember 20, 2020 21:49 MYT
Menurut pihak berkuasa, kira-kira 70 peratus kes baharu berpunca daripada kawasan metropolitan Seoul yang berkepadatan tinggi.
KOREA Selatan merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan COVID-19 untuk lima hari berturut-turut, meletakkan tekanan kepada pihak berkuasa untuk menguatkuasakan peratutan lebih ketat yang bakal merugikan ekonomi negara.
Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan memaklumkan, 1,097 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, yang merupakan angka tertinggi direkodkan sejak wabak itu melanda negara tersebut.
Ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan positif di Korea Selatan meningkat kepada 49,665, dengan 674 kematian.
Kira-kira 70 peratus kes baharu berpunca daripada kawasan metropolitan Seoul yang berkepadatan tinggi.
Lonjakan kes di negara itu memenuhi kriteria ditetapkan bagi kerajaan meningkatkan peraturan sekatan ke tahap tertinggi.
Bagaimanapun, pihak berkuasa enggan melaksanakan langkah tersebut atas pertimbangan ia akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara.
#Korea Selatan #COVID-19 #jangkitan #kes positif #Seoul
;