COVID-19: Korban global lebih 3.44 juta kes

Astro Awani
Mei 23, 2021 06:10 MYT
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.44 juta kes. -Gambar fail
ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.44 juta kes.
Ia selepas lebih puluhan ribu kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 589,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 446,000 kes; India lebih 291,000 kes; Mexico lebih 221,000 kes.
Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Ukraine, Indonesia, dan Turki.
Selain itu, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
#jumlah kematian #Johns Hopkins University #angka korban #COVID-19 #United Kingdom #Afrika Selatan #Amerika Syarikat #Colombia #Brazil
;