COVID-19: Khabib sedia kembali beraksi September ini

Astro Arena
April 13, 2020 10:47 MYT
Khabib menerusi Instagram menjelaskan dia kekal berlatih dan menjangkakan akan kembali bersangan September ini, namun menjangkakan ada halangan yang perlu dihadapi dalam situasi semasa. Gabar fail/ AP.
KHABIB Nurmagomedov giat membuat persiapan untuk kembali beraksi pada September ini di sebalik kebimbangannya pandemik COVID-19 akan menafikan kemungkinan tersebut.
Sekatan perjalanan bermaksud Khabib terpaksa menarik diri daripada perlawanan gelaran lightweight dengan Tony Ferguson dalam UFC 249.
Ia merupakan kali kelima perlawanan antara kedua-dua petinju MMA itu dibatalkan sejak UFC menangguhkan semua acara ekoran krisis kesihatan yang melanda dunia ketika ini.
Khabib menerusi Instagram menjelaskan dia kekal berlatih dan menjangkakan akan kembali bersaing September ini, namun menjangkakan terdapat halangan yang perlu dihadapi dalam situasi ini.
"September tidaklah begitu jauh, tetapi sukar untuk mempercayai masalah koronavirus ini dapat diselesaikan. Namun terdapat pepatah, kita perlulah bersedia untuk berperang ketika sedang aman," katanya.
#COVID-19 #khabib #Khabib Nurmagomedov #koronavirus #Mixed Martial Arts #MMA #UFC
;