COVID-19: Kesihatan mental perlu diberi perhatian - PAHO

Astro Awani
Ogos 18, 2021 07:39 MYT
Orang ramai beratur bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di sebuah stesen kereta api di Duque de Caxias, Brazil, 11 Ogos 2021. (Foto AP)
PERTUBUHAN Kesihatan Pan Amerika (PAHO) pada Rabu memberi amaran peningkatan krisis kesihatan mental di seluruh benua Amerika susulan pandemik COVID-19.
Pengarahnya Dr Carissa F Etienne menjelaskan pada Rabu, sekiranya krisis ini tidak ditangani, ia bakal membawa padah.
"Hari ini kita berdepan krisis kesihatan mental yang sekiranya tidak dibincangkan, ia bakal memberi kesan mendalam.
"Ia bukan hanya akan memburukkan lagi beban kesihatan mental di kawasan ini tetapi juga memberikan kesan jangka panjang terhadap impak pandemik.
"Sementara banyak negara memberi fokus terhadap kesihatan mental dan sudah memberikan sokongan menerusi perancangan pengurusan COVID-19, ada beberapa negara sudah mengeluarkan dana atau mula bertindak mengikut perancangan mereka," katanya pada sidang media mingguan di Washington DC.
Jelasnya lagi, lebih 15 peratus anak muda mengalami kemurungan dan hampir 90 peratus negara di benua ini terkesan pengurusan kesihatan mentalnya.
Ia turut menyebabkan kaedah rawatan sukar diberikan.
#kesihatan mental #pandemik #COVID-19 #PAHO #Carissa F Etienne #Washington #Kemurungan #benua Amerika #Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika
;