COVID-19: Kesan ekonomi malap, lebih buruk berbanding krisis kewangan 2009 - EU

Agensi
Oktober 21, 2020 06:26 MYT
Peningkatan kemiskinan, menurut Bank Dunia akan terjadi di dunia sekitar 120 ke 140 juta dan ini dapat membahayakan usaha membasmi kemiskinan. -Gambar hiasan/Reuters
PESURUHJAYA ekonomi Eropah, Paolo Gentiloni memberi amaran kepada anggota Parlimen Eropah mengenai kesan ekonomi malap akibat krisis COVID-19 dalam blok itu.
Memetik angka yang dikeluarkan oleh dana kewangan antarabangsa, beliau menganggarkan kesan ekonomi daripada wabak itu untuk 2020 akan dua kali lebih buruk daripada krisis kewangan 2009.
"Ramalan terakhir, yang dikeluarkan beberapa jam yang lalu oleh IMF, menyatakan bahawa pertumbuhan negatif kawasan Euro pada 2020 adalah - 8.3.
"Sebagai perbandingan, kita mengalami pertumbuhan - 4.1 pada tahun 2009.
“Jadi semasa krisis kewangan kurang dari separuh krisis yang kita dapat, menurut ramalan ini pada tahun 2020.
“Peningkatan kemiskinan, menurut Bank Dunia akan terjadi di dunia sekitar 120 ke 140 juta dan ini dapat membahayakan usaha membasmi kemiskinan,” katanya.
Beliau juga memberi amaran mengenai kesan sosial yang akan ditanggung oleh golongan termiskin yang akan menyebabkan kemiskinan meningkat.
Beberapa negara di Kesatuan Eropah ketika ini menghadapi gelombang kedua jangkitan COVID-19.
Ini menyebabkan beberapa negara seperti Ireland mengenakan sekatan umum kedua.
#EU #IMF #Kesatuan Eropah #krisis kewangan #kesan ekonomi #Paolo Gentiloni #COVID-19
;