COVID-19: Kes positif meningkat 72 peratus minggu lalu di Britain
Astro Awani
Julai 1, 2021 07:59 MYT
Julai 1, 2021 07:59 MYT
LONDON: Britain melaporkan 27,989 kes baharu COVID-19, jumlah kes jangkitan tertinggi sejak 29 Januari.
Menurut data kerajaan peningkatan kes antara 25 Jun hingga 1 Julai hampir 72 peratus berbanding dengan tujuh hari sebelumnya.
22 individu lagi dilaporkan meninggal dunia dengan kenaikan tujuh hari di bawah 11 peratus.
Peningkatan kes di UK akibat varian Delta yang mendominasi kes baharu COVID-19.
Sebanyak 44.9 juta individu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan 33 juta telah menerima dos kedua di Britain.