COVID-19: Kes positif kini menghampiri 1.5 juta di AS

Agensi
Mei 15, 2020 17:04 MYT
Bandar raya New York melaporkan angka kematian tertinggi dengan 27,607 kematian diikuti New Jersey dengan 9,946 kes dan Massachusetts dengan 5,482 kes. Foto: AP
KES positif COVID-19 di Amerika Syarikat kini berjumlah 1,417,350 kes setakat Khamis, seperti yang dilaporkan Pusat Sains dan Kejuruteraan Sistem (CSSE) di Universiti Johns Hopkins.
Sementara angka kematian akibat wabak itu di negara tersebut adalah 85,884.
Bandar raya New York melaporkan angka kematian tertinggi dengan 27,607 kematian diikuti New Jersey dengan 9,946 kes dan Massachusetts dengan 5,482 kes.
Negara itu kini adalah negara yang mencatatkan kes positif dan kes kematian tertinggi di seluruh dunia.
Susulan penularan wabak itu, sejumlah 2.981 juta kadar pengangguran direkodkan minggu lalu berbanding 3.169 juta minggu sebelumnya.
Kadar itu adalah di bawah angka tiga juta buat pertama kali sejak tujuh minggu kadar pengangguran direkodkan di negara itu.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #kadar pengangguran #kematian #positif #Universiti Johns Hopkins
;