COVID-19: Kes positif harian di Indonesia lepasi angka 15,000

Bernama
Jun 23, 2021 13:42 MYT
Sebanyak 303 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 55,594 orang. - AP NEWSROOM
JAKARTA: Indonesia merekodkan 15,308 kes baharu COVID-19, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.
Menurut data yang disiarkan hari ini di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,033,421.
Sebanyak 1,817,303 pesakit dikatakan sembuh, manakala sebanyak 303 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 55,594 orang.
Peningkatan kes baharu sejak seminggu lepas dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan kehadiran varian Delta yang lebih cepat menular.
-- BERNAMA
#Aidilfitri #Indonesia #COVID-19 #kes positif #kes kematian #Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia #Varian Delta