COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta

Madiha Abdullah
Mac 5, 2021 05:19 MYT
Data Johns Hopkins University menunjukkan kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 28.8 juta kes. -Gambar fail
JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 115 juta.
Data Johns Hopkins University menunjukkan kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 28.8 juta kes.
Angka itu diikuti India sebanyak 11.1 juta kes, manakala Brazil dengan 10.7 juta kes.
Rusia dan United Kingdom pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol dan Itali melebihi tiga juta kes.
Sementara itu, kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.5 juta kes.
Data menunjukkan Amerika Syarikat negara tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu 522,188, diikuti Brazil dengan lebih 260,970 kes, manakala Mexico dan India masing-masing dengan 188,866 dan 157,548 kes.
Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 124,259 dan 99,271 kematian.
#COVID-19 #Johns Hopkins University #kes positif #angka korban #Amerika Syarikat #India #Brazil #Mexico #United Kingdom #Itali
;