COVID-19: Kes positif global lepasi 118.86 juta, kematian 2.63 juta

Astro Awani
Mac 12, 2021 07:33 MYT
Setakat ini, AS merekodkan angka tertinggi dengan lebih 531,000 kematian dan 29.32 juta kes positif. - Gambar fail REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi angka 118.86 juta.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal negara paling teruk dengan lebih 29.32 juta kes.
Ini diikuti India dengan 11.3 juta kes dan Brazil, 11.28 juta kes.
Negara yang melebihi angka empat juta kes adalah Rusia, United Kingdom (UK) dan Perancis, manakala Perancis, Sepanyol dan Itali merekodkan lebih tiga juta kes.
Sementara itu, Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatatkan lebih dua juta kes kumulatif setakat ini.
Poland, Iran, Afika Selatan, Ukraine dan Indonesia pula menyaksikan lebih satu juta penduduknya positif COVID-19.
Antara negara yang merekodkan angka melebihi 500,000 kes adalah Kanada, Chile, Romania dan Portugal.
Negara-negara lain termasuk Malaysia masih merekodkan angka kes positif COVID-19 di bawah 300,000.
Sementara itu, angka kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 kini melepasi 2.63 juta kes.
Data yang sama menunjukkan, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 531,000 kes, diikuti Brazil (272,000).
Mexico, India, UK dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian setakat ini.
Dalam pada itu, negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran, Colombia, Argentina dan Afrika Selatan.
Negara-negara yang mencatatkan kes korban antara 30,000 dan 50,000 adalah Peru, Poland dan Indonesia.
Selain itu, Turki, Urkaine, Belgium, Kanada dan Chile pula menyaksikan lebih 20,000 kes kematian.
Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
#COVID-19 #Global #Kumulatif #Dunia #Malaysia #Amerika Syarikat #India #Brazil #WHO #Kementerian Kesihatan #kematian akibat COVID-19 #jumlah kematian #kes positif #angka korban #Johns Hopkins University
;