COVID-19: Kes positif global hampiri 50 juta
Astro Awani
November 7, 2020 07:43 MYT
November 7, 2020 07:43 MYT
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini makin menghampiri 50 juta.
Ini berikutan 550,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Kes positif global kini berjumlah 49,712,143.
Setakat Ahad (8 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 9.83 juta kes jangkitan.
Ini diikuti India dengan 8.46 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.63 juta kes.
Jangkitan positif COVID-19 di Rusia (1,740,172), Perancis (1,709,716), Sepanyol (1,328,832), Argentina (1,228,814), United Kingdom (1,174,770) dan Colombia (1,136,447) pula melepasi satu juta kes.
Sementara itu, Mexico (955,128), Peru (917,503), Itali (902,490), Afrika Selatan (735,906), Iran (673,250), Jerman (658,299), Poland (521,640) dan Chile (519,977) melepasi angka setengah juta kes.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Iraq (496,019), Belgium (488,044), Ukraine (464,598), Indonesia (433,836), Bangladesh (418,764), Belanda (411,063), Republik Czech (407,440), Filipina (393,961), Turki (391,739), Arab Saudi (350,229), Pakistan (341,753) dan Israel (318,949).
Sementara itu, sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.
Antaranya, negara yang tergolong dalam lingkungan tersebut ialah Romania (296,999), Kanada (260,638), Maghribi (252,185), Switzerland (211,913), Nepal (191,636), Portugal (173,540), Ecuador (173,486), Austria (147,220), Sweden (146,461), Bolivia (142,343), Emiriah Arab Bersatu (141,032), Panama (137,760) dan Qatar (134,013).
Kuwait (131,205), Republik Dominican (129,645), Oman (117,167), Kazakhstan (115,439), Costa Rica (116,363), Guatemala (111,050), Mesir (108,754), Jepun (107,439), Belarus (105,283), Jordan (104,802) dan Armenia (104,249) juga berada dalam kelompok sama.
Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.