COVID-19: Kes positif global 28.04 juta
Astro Awani
September 11, 2020 09:11 MYT
September 11, 2020 09:11 MYT
ANGKA jangkitan baharu COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan lebih 350,000 kes positif direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif global mencecah angka 28.04 juta setakat ini.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.38 juta kes.
Ini diikuti india dengan 4.46 juta jangkitan, manakala Brazil, 4.19 juta.
Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes.
Sementara itu, Peru, Columbia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.
Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Chile, Iran, Perancis, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.
Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Turki, Itali, Iraq, Jerman, Filipina dan Indonesia.
Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Ukraine, Kanada, Qatar, Bolivia, Ecuador Kazakstan dan Mesir
Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.