COVID-19: Kes positif dunia kini lebih 78 juta, 1.7 juta kematian

Astro Awani
Disember 23, 2020 23:29 MYT
India berada di tangga kedua dengan 10.09 juta kes diikuti Brazil dengan lebih 7.31 juta kes. - Gambar fail AP
DUNIA merekodkan lebih 78 juta kes COVID-19 dengan Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara tertinggi mencatatkan kes tersebut sebanyak lebih 18.4 juta.
Memetik data yang dikeluarkan John Hopkins University, India berada di tangga kedua dengan 10.09 juta kes diikuti Brazil dengan lebih 7.31 juta kes.
Negara yang merekodkan 2 juta kes pula adalah Rusia, Perancis, United Kingdom dan Turki.
Malah 10 negara kini merekodkan lebih 1 juta kes positif COVID-19 masing-masing Itali, Sepanyol, Jerman, Argentina, Colombia, Mexico, Poland, Iran, Ukraine dan Peru.
Sementara itu, angka kematian seluruh dunia kini mencecah 1,726,329 kematian.
AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 325,358 kes.
Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.
#COVID-19 #United Kingdom #Amerika Syarikat #jumlah kematian #kes positif #AS #Itali #sepanyol #Brazil #Jerman #Argentina #Rusia