COVID-19: Kes positif di Indonesia meningkat kepada 315,714

Agensi
Oktober 7, 2020 20:52 MYT
Sebanyak 4,538 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 315,714 kes. - Reuters
JAKARTA: Kes COVID-19 di Indonesia terus catat peningkatan dengan lebih 4,000 kes disahkan pada Rabu.
Sebanyak 4,538 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 315,714 kes.
Meskipun kes positif meningkat setiap hari, republik itu turut memperlihatkan semakin banyak kes pesakit yang dilaporkan sembuh.
Terdapat penambahan 3,584 pesakit disahkan pulih dalam tempoh 24 jam lalu.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh daripada virus itu meningkat kepada 240,291.
Sementara itu, terdapat 98 kes disahkan meninggal dunia semalam sekali gus menjadikan jumlah kes kematian bertambah kepada 11,472.
#Indonesia #meninggal dunia #koronavirus #kes positif #kes meningkat #COVID-19
;