COVID-19: Kes naik mencecah 15 juta, sekatan dilaksana di New Delhi

Astro Awani
April 20, 2021 09:00 MYT
Ratusan pekerja migran menunggu di stesen bas untuk pulang ke kampung masing-masing, di New Delhi, India, 19 April 2021. (Foto AP)
PENINGKATAN secara mendadak kes COVID-19 memaksa New Delhi melaksanakan semula perintah sekatan untuk tempoh seminggu.
Ketua Menterinya, Arvind Kejriwal menjelaskan, perkhidmatan kesihatan di wilayah itu berdepan kesukaran untuk menerima jumlah pesakit yang ramai.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan negara itu, dalam tempoh 24 jam setakat Isnin, New Delhi melaporkan 25,462 kes baharu dengan 161 kes kematian.
Secara keseluruhannya, India melaporkan 273,810 kes harian baharu pada Isnin, tertinggi sejak pandemik COVID-19 mula melanda negara itu, dengan angka kumulatif kini melebihi 15 juta jangkitan.
Angka ini menjadikan India negara kedua yang mencatatkan angka kes COVID-19 tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.
#New Delhi #India #Ketua Menteri #Amerika Syarikat #Kementerian Kesihatan #COVID-19 #pandemik #sekatan #lockdown
;