COVID-19: Kes meningkat dua kali ganda di Sweden

Bernama
Mac 4, 2020 09:51 MYT
Di Stockholm sahaja, enam orang telah dijangkiti COVID-19. - Gambar hiasan
Jumlah kes COVID-19 di Sweden meningkat dua kali ganda menjadikan keseluruhan sebanyak 30 kes berbanding hari sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua memetik Agensi Kesihatan Awam pada Selasa.
Seramai 15 orang disahkan dijangkiti, merupakan kes pertama dalam kalangan mereka "yang sihat dan tidak menunjukkan gejala."
Di Stockholm sahaja enam orang telah dijangkiti.
Daripada jumlah keseluruhan kes, kebanyakannya dilaporkan di negeri di utara Itali.
BACA: COVID-19: Itali catat peningkatan ketara kes kematian
-- BERNAMA
#COVID-19 #Itali #jangkitan #koronavirus #Stockholm #Sweden
;