COVID-19: Kes jangkitan di Amerika Utara dan Selatan turun 10 peratus - PAHO

Astro Awani
Februari 18, 2021 12:05 MYT
Dr Carissa Etienne mendedahkan walaupun kes COVID-19 menurun 10 peratus pada minggu lalu, namun jumlah jangkitan sebanyak 1.2 juta masih direkodkan. -REUTERS
KADAR kes jangkitan COVID-19 di Pan Amerika Utara dan Selatan dilapor mula mencatatkan penurunan.
Pengarah Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Dr Carissa Etienne mendedahkan walaupun kes COVID-19 menurun 10 peratus pada minggu lalu, namun jumlah jangkitan sebanyak 1.2 juta masih direkodkan.
“Banyak negara melaporkan penurunan kes, namun masih ada lagi zon panas terutama di persempadanan antara Peru, Colombia dan Brazil.
"Di Carribean, kepulauan seperti Republik Dominika kembali mencatat jumlah jangkitan.
"Begitu juga kepulauan kecil seperti Aruba, Barbados, St Lucia dan St Vincent melaporkan peningkatan kes jangkitan,” katanya.
Dalam pada itu, Penolong Pengarah PAHO, Jarbas Barbosa turut mendesak negara-negara itu memberi jaminan vaksin COVID-19 kepada migran.
“Akses vaksin COVID-19 kepada migran adalah penting, bukan sahaja sebagai nilai kemanusiaan.
"Ia juga sebagai proses untuk menyahkuman kerana selagi golongan ini tidak divaksin, populasi negara tidak akan dilindungi,” jelasnya.
Jutaan migran dilaporkan berada di negara-negara berkenaan.
Dilaporkan, lima juta warga Venezuela tinggal di zon panas seperti Peru, Colombia dan Brazil.
#COVID-19 #vaksin #PAHO #Organisasi Kesihatan Pan Amerika #kes jangkitan #catat penurunan #Republik Dominika #Barbados #Aruba
;