COVID-19: Kes jangkitan berkurangan, Austria longgarkan sekatan
Khairunnisa Kasnoon
Disember 7, 2020 05:27 MYT
Disember 7, 2020 05:27 MYT
VIENNA: Penduduk di Austria mula mengunjungi pusat membeli belah selepas kerajaan melonggarkan sekatan susulan pandemik COVID-19.
Pusat perniagaan kembali dibuka kepada umum selepas tiga minggu ditutup.
Bagaimanapun, kebanyakan perintah masih kekal dilaksana.
Pada masa sama, pemerintah menasihati penduduk tidak terburu-buru untuk keluar ke tempat awam.
Sekatan COVID19 itu bermula pada 17 November dan berakhir pada Ahad.
Minggu lalu, kerajaan memutuskan untuk melonggarkan sekatan selepas ia berjaya mengurangi jangkitan kes.
Sekolah juga kembali dibuka kecuali untuk warga emas termasuk muzium dan perpustakaan.
Antara lain, restoran dan bar kekal ditutup kecuali untuk bawa pulang dan penghantaran.
Perintah berkurung pada waktu malam juga dilonggarkan bermula Isnin, dari 8 malam hingga 6 pagi.