COVID-19: Kes jangkitan baharu di bawah 20, Australia dijangka longgar sekatan
Astro Awani
Mei 8, 2020 08:30 MYT
Mei 8, 2020 08:30 MYT
KABINET nasional Australia pada Jumaat dijangka melonggarkan beberapa sekatan penjarakan sosial berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan yang semakin perlahan.
Negara itu pada Mac mengenakan sekatan penjarakan sosial yang ketat serta penutupan sempadan bagi mengekang koronavirus.
Dengan angka jangkitan baharu semakin berkurangan di bawah 20 kes setiap hari, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison minggu lalu berkata, beliau akan bertemu dengan pemimpin negeri untuk membincangkan pelan melonggarkan sekatan.
Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt pada Khamis berharap, Kabinet akan memperincikan jadual waktu untuk mengurangkan sekatan tersebut.
Walaupun sekatan berjaya mengekang COVID-19, namun ia memberi impak merugikan terhadap ekonomi memandangkan ia boleh menyebabkan kemelesetan pertama negara itu sejak 30 tahun.
Pengangguran dijangka meningkat 10 peratus tahun ini dan Reserve Bank of Australia menjangkakan KDNK merosot enam peratus pada 2020 yang mana penurunan menelan belanja negara ASD2.60 bilion setiap minggu.
Negara itu mempunyai kes positif kurang daripada 7,000 dengan 97 kes maut.
#Australia
#bank
#COVID-19
#ekonomi
#Greg Hunt
#jangkitan
#kabinet
#kawalan
#KDNK
#kelonggaran
#kematian
#kes positif
#maut
#Scott Morrison
#sekatan
#sempadan