COVID-19: Kes harian meningkat, Rusia tetap longgar sekatan

Astro Awani
Februari 6, 2022 08:45 MYT
Pada 5 Feb, Rusia mencatatkan lebih 177,000 kes harian berbanding lebih 168,000 pada Jumaat. - Gambar fail
RUSIA akan melonggarkan beberapa sekatan yang dikenakan bagi mengekang penularan COVID-19, bermula Ahad.
Perkara itu diumumkan pihak berkuasa kesihatan walaupun kes harian susulan penularan varian Omicron semakin meningkat.
Di Rusia, pertambahan kes drastik dicatatkan sejak Januari lalu, namun varian Omicron yang lebih cepat menular itu tidak menunjukkan kadar kematian yang tinggi.
Kerajaan juga menolak dakwaan akan melaksakan sekatan tambahan.
Difahamkan, antara kelonggaran yang bakal diberikan ialah, orang ramai tidak lagi perlu menjalani kuarantin kendiri sekiranya didapati sebagai kontak rapat kepada individu dijangkti COVID-19.
Di Moscow, sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak juga boleh menghentikan proses isolasi.
Pada Sabtu, Rusia mencatatkan lebih 177,000 kes harian berbanding lebih 168,000 pada hari sebelumnya.
Sementara itu, 714 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.
#Rusia #kes harian meningkat #longgar sekatan #COVID-19
;