COVID-19: Kes harian meningkat dalam dua tahun di China akibat Omicron

Astro Awani
Mac 8, 2022 00:41 MYT
Penularan virus tempatan di China kecil susulan negara itu mengamalkan sekatan ketat perjalanan, kuarantin dan pengesanan kontak rapat yang pantas. - Foto fail/REUTERS
BEIJING: China mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan COVID-19 tempatan harian dalam tempoh kira-kira dua tahun.
Varian Omicron yang mudah menular memberi tekanan kepada dasar ketat kerajaan untuk mengekang setiap cetusan wabak dengan pantas.
Pada Ahad, China melaporkan 214 kes jangkitan tempatan di wilayah Guangdong, Jilin dan Shandong.
Ia merupakan kes harian tertinggi sejak awal Mac 2020 apabila pihak berkuasa mula mengira jangkitan tempatan dan jangkitan luar negara secara berasingan.
Penularan virus tempatan di China kecil susulan negara itu mengamalkan sekatan ketat perjalanan, kuarantin dan pengesanan kontak rapat yang pantas.
Tiada kematian baharu pada Ahad, menjadikan jumlah kematian tidak berubah pada 4,636.
Sehingga 6 Mac, China telah melaporkan 111,195 kes dengan simptom yang disahkan, termasuk kes tempatan dan kes yang tiba dari luar tanah besar.
#COVID-19 #Omicron #kes harian #meningkat