COVID-19: Kes harian, kematian global menunjukkan trend penurunan

Astro Awani
Jun 21, 2021 06:55 MYT
Kadar kebolehjangkitan dan kadar kematian masih tinggi, kata Tedros. - Foto REUTERS
GENEVA: Kes harian baharu dan kes kematian global akibat COVID-19 menunjukkan trend penurunan untuk lapan minggu berturut-turut.
Walaupun ia menunjukkan petanda positif namun menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kadar kebolehjangkitan dan kadar kematian masih tinggi.
"Secara global, kes baharu COVID-19 menunjukkan trend penurunan untuk lapan minggu berturut-turut dan kematian menurun untuk tujuh minggu berturut-turut. Ini merupakan pekhabaran baik tetapi kadar kebolehjangkitan dan kematian masih tinggi secara global.
"Kadar tersebut menurun di beberapa wilayan dah setiap wilayah dalam sesebuah negara menunjukkan peningkatan drastik dan di Afrika, jumlah kes baharu dan kematian meningkat sehingga 40 peratus sejak beberapa minggu lepas," katanya.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #WHO #Tedros Adhanom Ghebreyesus
;