COVID-19: Kes harian di Rusia hampiri 100,000

Astro Awani
Januari 29, 2022 11:10 MYT
Rusia melaporkan lebih 98,000 kes harian COVID-19, kebanyakannya berpunca daripada varian Omicron yang menular pantas di negara itu. -Gambar fail
MOSCOW: Rusia melaporkan lebih 98,000 kes harian COVID-19, kebanyakannya berpunca daripada varian Omicron yang menular pantas di negara itu.
Ia merupakan rekod tertinggi yang pernah dicatatkan dalam kes harian di negara itu.
Jangkitan COVID-19 di Rusia melonjak sejak tiga minggu lalu dengan sekitar 15,000 kes pada 10 Januari dan kini menghampiri 100,000.
Pihak berkuasa Rusia bagaimanapun mengelak untuk mengenakan sebarang sekatan bagi membendung wabak itu.
Awal minggu ini, pihak berkuasa turut memendekkan tempoh pengasingan yang diperlukan bagi kontak rapat pesakit COVID-19 daripada 14 ke tujuh hari.
#COVID-19 #kes jangkitan di Rusia #Omicron #kes melonjak
;