COVID-19: Kes harian di New Zealand terus meningkat

Astro Awani
Ogos 26, 2021 04:48 MYT
New Zealand dikenakan sekatan ketat susulan peningkatan kes COVID-19. - Foto REUTERS
WELLINGTON: Penularan varian Delta semakin hari semakin membimbangkan penduduk di New Zealand selepas kes harian terus menunjukkan peningkatan.
Pada Khamis, 68 lagi kes positif baharu disahkan di negara Pasifik Selatan itu, sekali gus menjadi lonjakan tertinggi sejak April tahun lalu.
Ia berlaku ketika kerajaan meletakkan negara itu dalam tempoh sekatan yang ketat sejak minggu lalu.
Pertambahan kes positif baharu di New Zealand ketika ini pada jumlah 277 kes.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern dalam pada itu yakin bahawa sekatan yang dibuat pada ketika ini akan memberi kesan positif dalam mencegah penularan wabak itu.
Setakat ini, lebih 3 juta dos vaksin COVID-19 telah diedarkan sejak kempen vaksinasi dimulakan.
#COVID-19 #New Zealand #Varian Delta #sekatan pergerakan
;