COVID-19: Kes harian cecah 180,000, tertinggi di Rusia

Astro Awani
Februari 7, 2022 08:55 MYT
Rusia melaporkan 180,071 kes harian COVID-19 tertinggi, peningkatan 10 kali ganda berbanding sebulan lalu. -Gambar fail/AP
MOSCOW: Rusia melaporkan 180,071 kes harian COVID-19 tertinggi, peningkatan 10 kali ganda berbanding sebulan lalu.
Ia berikutan penularan jangkitan varian Omicron yang terus menular di seluruh negara.
Setiap hari ia menyaksikan pertambahan ribuan kes berbanding hari sebelumnya.
Pada pertengahan Januari, ia melaporkan sekitar 17,000 kes sehari.
Walaupun jumlah jangkitan meningkat secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, namun kes kematian harian akibat COVID-19 kekal stabil sekitar 700 kes sehari.
Pada ketika ini, Rusia melaporkan 12.8 juta kes jangkitan dan 335,414 kes kematian.
Dilaporkan, hanya separuh daripada 146 juta penduduk Rusia divaksin setakat ini walaupun negara itu yang pertama melancarkan suntikan vaksin COVID-19.
Sebelum ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, kerajaannya sedang mempertimbangkan bagi melonggarkan beberapa sekatan COVID-19, walaupun jangkitan semakin meningkat.
#varian omicron #kes harian tertinggi #Rusia #Vladimir Putin
;