COVID-19: Kenya lakukan ujian saringan skala besar di kawasan pedalaman

Agensi
Mei 2, 2020 00:41 MYT
Kenya memulakan ujian saringan berskala besar di kawasan miskin di Nairobi pada Jumaat, dalam usaha memerangi COVID-19. Foto: REUTERS
Kenya memulakan ujian saringan berskala besar di kawasan miskin di Nairobi pada Jumaat, dalam usaha memerangi COVID-19.
Skim saringan itu ujar mereka, dilakukan secara sukarela dan dilancarkan di daerah Kawangware Nairobi.
Pihak berkuasa menyifatkan, arahan penjarakan sosial dan lockdown di kawasan berkenaan adalah mustahil.
Pelaksanaan penjarakan sosial di daerah ini adalah sukar dan oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk mendidik penduduk-pendudk di sini perkara asas menjaga kebersihan seperti mencucui tangan dengan betul.
Oleh sebab itu juga, kami memutuskan untuk menjalankan ujian saringan berskala besar di daerah ini,” ujar pegawai di Kementerian Kesihatan, Lydia Mudeyo.
Bagi penduduk, ujian saringan ini amat penting buatnya bagi membolehkannya mencari pekerjaan menampun kehidupan.
“Saya berharap keputusan ujian saya negataif agar saya dapat meneruskan kehidupan saya dan mencari pekerjaan untuk menampung keperluan hidup,” kata Monica Wairimu, seorang penduduk tempatan di daerah berkenaan.
Data terkini mendedahkan, Kenya merekodkan 411 kes postif COVID-19 dengan 21 kematian.
#COVID-19 #jangkitan #Kenya #kesihatan #koronavirus #ujian saringan
;