COVID-19: Kempen vaksinasi UK beri petunjuk positif, kemasukan ke hospital makin menurun

Astro Awani
Jun 28, 2021 09:48 MYT
Walaupun menyaksikan peningkatan kadar jangkitan, namun kadar kemasukan ke hospital di UK jauh lebih rendah. -Gambar fail
LONDON: Kempen vaksinasi COVID-19 besar-besaran di Britain melemahkan hubungan di antara jangkitan dan kematian, namun belum sepenuhnya diputuskan.
Menurut Ketua Badan Penasihat Saintifik kepada kerajaan United Kingdom (UK), Peter Horby, Britain kini melihat tahap kemasukan ke hospital yang jauh lebih rendah.
Katanya, kadar vaksinasi dos pertama telah diberikan lebih 80 peratus orang dewasa dan dos kedua lebih daripada 60 peratus.
Walaupun menyaksikan peningkatan kadar jangkitan, namun kemasukan ke hospital jauh lebih rendah justeru hubungan antara dua perkara tersebut telah lemah.
UK mencatatkan 18,270 kes jangkitan baharu pada Sabtu, tertinggi sejak 5 Februari dengan 23 kematian.
Secara keseluruhan Britain merupakan salah satu negara mempunyai jumlah kematian tertinggi dunia dengan 128,000 kes.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Boris Johnson berharap dapat memansuhkan sekatan koronavirus sepenuhnya pada 19 Julai selepas terpaksa menangguhkan perkara itu disebabkan peningkatan kes baharu melibatkan varian Delta.
#United Kingdom #London #Britain #koronavirus #COVID-19 #Boris Johnson #jumlah kematian #vaksin #dos pertama #dos kedua #jangkitan #Peter Horby #Ketua Badan Penasihat Saintifik
;