COVID-19: Kawalan pergerakan di Indonesia dilanjut sehingga 9 Ogos

Astro Awani
Ogos 3, 2021 08:04 MYT
Seorang lelaki dilihat memakai pelitup muka ketika di sebuah pasar di Jakarta. - Foto fail/REUTERS
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan bahawa sekatan pergerakan akan dilanjutkan sehingga 9 Ogos.
Beberapa bandar termasuk ibu kota Indonesia, Jakarta berada di tahap empat perintah kawalan pergerakan.
Hanya pekerja di sektor penting dan kritikal seperti tenaga dan kesihatan dibenarkan kembali bekerja.
Jokowi memaklumkan, langkah-langkah itu akan membawa kepada impak positif mebendung penularan COVID-19.
Ia selepas jumlah kes aktif yang meningkat saban hari dengan kes baharu harian juga dilaporkan terus bertambah.
Kawasan yang berada dalam kawalan tahap empat adalah wilayah yang mencatatkan 50 kes setiap hari bagi setiap 100,000 orang.
Ia sekaligus menggerakkan kerjaan untuk meneruskan inisiatif Pelaksanaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) bagi mengurangkan risiko jangkitan di peringkat komuniti.
PPKM tahap empat akan dikenakan di 45 bandar di 21 wilayah.
Bagi mengurangkan beban rakyat, bantuan sosial akan diberikan.
#COVID-19 #Indonesia #Joko Widodo #sekatan pergerakan #kes aktif
;