COVID-19: Kapal persiaran Jerman tamatkan pelayaran susulan jangkitan
Astro Awani
Januari 2, 2022 07:08 MYT
Januari 2, 2022 07:08 MYT
SEBUAH kapal persiaran Jerman menamatkan pelayarannya lebih awal di Lisbon pada Ahad, susulan penularan kes COVID-19 di atas kapal.
Kapal persiaran 'AIDAnova' milik syarikat perkapalan Aida Cruises, berlabuh selepas beberapa penumpang dan anak kapal disahkan positif virus itu.
Menurut kapten Pelabuhan Lisbon, pada Ahad, terdapat sekurang-kurangnya 64 kes jangkitan virus tersebut.
Penumpang dengan keputusan ujian COVID-19 negatif dibenarkan meninggalkan kapal jika mereka mahu.
Kapal persiaran itu tiba di Lisbon pada 29 Dis 2021, membawa 4,197 orang, termasuk 1,353 anak kapal dan 2,844 penumpang dari pelbagai negara, kebanyakannya warga Jerman.
Pada 31 Dis, pihak berkuasa kesihatan Portugal memberi kebenaran untuk kapal itu berlepas, tetapi pemilik kapal itu memilih untuk berlepas pada 2 Jan 2022, tarikh yang sepatutnya ia belayar ke Lanzarote, Sepanyol.