COVID-19: Kanada mula program vaksinasi untuk remaja 12 tahun ke atas
Astro Awani
Mei 25, 2021 08:05 MYT
Mei 25, 2021 08:05 MYT
HAMPIR separuh wilayah di Kanada ketika ini sudah memulakan program vaksinasi bagi remaja berusia 12 tahun ke atas.
Warga Kanada teruja dengan perkembangan ini, yang bermakna lebih ramai anak-anak mereka dapat keluar dan kembali ke sekolah.
Di Toronto, ramai dilihat sudah mula beratur bagi menyertai program vaksinasi berkenaan pada Isnin.
Sebanyak 4.4 peratus warga Kanada ketika ini sudah pun menerima vaksinasi penuh.
Manakala lebih separuh penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Laporan menunjukkan kebanyakan wilayah di Kanada mengalami penurunan kes jangkitan COVID-19.