COVID-19: Kamala Harris gantung kempen, dua petugas positif pandemik

Astro Awani
Oktober 15, 2020 07:00 MYT
Kamala Harris menggantung sementara kempennya selepas dua petugas disahkan positif COVID-19. -REUTERS
WASHINGTON: Calon Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris menggantung sementara kempennya selepas dua petugas disahkan positif COVID-19.
Pengurus kempen bagaimanapun memaklumkan Harris dan calon Presiden Demokrat, Joe Biden tiada kontak langsung dengan dua individu berkenaan.
Dua petugas yang disahkan positif merupakan pengarah komunikasi kempen Harris dan kru.
Penggantungan kempen dibuat atas faktor keselamatan.
Harris dijadual terbang ke North Carolina dan ke Ohio pada Jumaat.
Biden dan Harris sebelum ini sudah menjalani beberapa ujian saringan dan disahkan negatif.
#COVID-19 #Kamala Harris #Joe Biden #ujian saringan #pandemik #calon naib presiden
;